Lima Pembuli Remaja Mengaku Salah

Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Mitsubishi perkenalkan ASX Designer Edition

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX Designer Edition yang menerima sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Rizalman Ibrahim, hari ini.

This is my dream superbike

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my another dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.


Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1
Showing posts with label Berita Am. Show all posts
Showing posts with label Berita Am. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Maut dihimpit ke tiang



Melaka: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral.

"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan.

"Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wednesday, November 19, 2014

Berita Terkini : Anak tetak ayah di Pasir Mas

Berita Terkini : Anak tetak ayah di Pasir Mas

Berita Terkini : Anak tetak ayah di Pasir Mas


Pagi ini Borak Kedai Kopi menerima WhatApps dari seorang rakan mengenai kejadian seorang ayah telah ditetak oleh anaknya di Pasir Mas.  

Buat masa ini, BKK ( Borak Kedai Kopi ) hanya menerima imej-imej sahaja, dan maklumat kejadian sepenuhnya masih belum diperolehi.


Bau busuk rupa-rupanya jiran mati

Bau busuk rupa-rupanya jiran mati



Georgetown: Mayat seorang wanita berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan berbau busuk di dalam rumah di Flat Medan Tengku, Jelutong, 8 malam tadi.


Jurucakap polis berkata, mayat Koay Saw Khoon ditemui tanpa pakaian di dalam bilik berhampiran katil dalam keadaan kembung dan berbau busuk.

Beliau berkata, warga emas itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berikutan beberapa jiran tidak melihatnya yang sering keluar rumah setiap pagi untuk bermesra dengan penduduk setempat.

"Penemuan mayat wanita itu akhirnya menjawab segala persoalan mengenai bau busuk di kawasan kejiranan itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan punca kematian masih disiasat sama ada disebabkan penyakit tua atau masalah lain," katanya.

Monday, November 17, 2014

Tonton video amatur MH17 yang baru tersebar

Tonton video amatur MH17 yang baru tersebar




Satu klip video amatur yang dirakam sejurus pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas selepas ditembak jatuh di Timur Ukraine dimuat naik di laman Youtube baru-baru ini.


Menurut agensi berita AP, video bertarikh 17 Julai yang dirakam menggunakan telefon bimbit itu menunjukkan lokasi pesawat terhempas dalam keadaan terbakar di sebuah padang di Kampung Hrabove.

Penduduk dilihat berkumpul berdekatan lokasi kejadian dan kedengaran bertanya lokasi juruterbang.

Berdasarkan reaksi penduduk dalam klip video berdurasi dua minit itu mereka menyangka terdapat satu lagi pesawat yang terhempas kerana serpihan yang banyak.  Dan kelihatan juga orang ramai yang cuba membantu untuk memadamkan kebakaran dari merebak ke kediaman mereka.

Pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Amsterdam, Belanda apabila ditembak jatuh di kawasan yang dikawal tentera pemberontak Pro-Russia 17 Julai lalu.

Sehingga kini, video ini telah ditonton sebanyak 310,806 kali.



Sunday, November 16, 2014

Kanak-kanak mati lemas tragedi bot laju

Kanak-kanak mati lemas tragedi bot laju




Kuala Berang: Kegembiraan 40 sekeluarga bercuti di atas rumah bot di Sungai Lawit, Tasik Kenyir, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka yang berusia sembilan tahun maut, selepas bot laju dinaiki mereka terbalik, 10 pagi semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Daniel Rosapawi yang menaiki bot laju bersama bapa saudara dan dua sepupunya dalam perjalanan ke sebuah lokasi untuk mandi manda, sebelum bot dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan terbalik.

Sebelum kejadian, mangsa bersama kira-kira 40 ahli keluarganya yang lain bercuti dengan menaiki dua rumah bot dan berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Selepas bermalam di atas rumah bot berkenaan, mangsa bersama dua sepupu dan bapa saudaranya merancang untuk mandi manda, sebelum menaiki sebuah bot laju kira-kira jam 10 pagi untuk ke lokasi sesuai.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter bot laju berkenaan meninggalkan rumah bot, bot laju itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam air.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, kejadian menimpa mangsa disedari seorang pemancing yang memancing tidak jauh dari lokasi kejadian, sebelum memanggil beberapa rakannya untuk membantu mangsa.

"Pemancing itu dan beberapa rakannya berjaya membantu menaikkan semua mangsa yang memakai jaket keselamatan. Bagaimanapun, Mohd Daniel tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian," katanya.

Menurutnya, mayat Mohd Daniel yang juga murid Sekolah Kebangsaan Jerangau Barat itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

Sementara itu kakak mangsa, Nor Aisyatul Aziera Rosapawi, 15, yang turut menyertai percutian itu berkata, dia ternampak bot laju berkenaan terbalik, namun tidak menyangka sehingga meragut nyawa adik lelakinya itu kerana semua mereka memakai jaket keselamatan.

Dia yang masih bersedih dengan kejadian menimpa adiknya berkata, Mohd Daniel tinggal dengan neneknya, Che Samariah Omar, 59, sejak ibu bapa mereka berpisah kira-kira setahun lalu.

Wednesday, November 12, 2014

Jaga maut dipanah petir di sekolah


Jaga maut dipanah petir di sekolah

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah maut dipanah petir ketika berada di pagar pintu masuk sekolah di Pasir Gudang itu, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat kejadian sejurus terkena panahan petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca mendung dan kilat sabung-menyabung.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Sabah itu sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru yang ingin pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Bagaimanapun, katanya mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.

Kedah dilanda puting beliung lagi

KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.


Menurut laporan Bernama, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk akibat dilanda putting beliung.

Pusaran angin dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit.

Seorang mangsa, Che Tim Ahmad, 54, berkata kepada Bernama, ketika itu dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16, dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata.

Suri rumah itu berkata mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat.

"Saya dan dua anak panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.

November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.


Kenderaan terbakar rempuh tong gas


Kuala Kangsar: Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar selepas tong gas yang yang terjatuh dari sebuah lori dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara selepas Terowong Menora, di sini, pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Exora turut rosak apabila merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian mendapati tong berkenaan bertaburan di atas lebuh raya selepas dipercayai terjatuh dari lori yang terbalik.

Katanya, Perodua Alza berkenaan kemudian merempuh tong gas menyebabkan berlaku letupan dan kenderaan itu terbakar.


Menurutnya, kesemua mangsa terbabit dalam kejadian itu berjaya keluar dengan selamat dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecederaan.

Menurut Twitter @plustrafik laluan kontra dibuka di KM 257.3 bagaimanapun trafik masih perlahan.

Tuesday, November 11, 2014

Jari tersangkut di tempat duduk perhentian bas


Jari tersangkut di tempat duduk perhentian bas

Sibu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menanggung kesakitan lebih sejam selepas jari hantunya tersangkut dalam lubang pada tempat duduk di hentian bas seberang Hospital Sibu, petang ini.


Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, jari mangsa bengkak selepas tersepit menyebabkan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Sungei Merah Azman Hanapis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.36 petang sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi.

"Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong logam berkenaan selepas jarinya semakin membengkak. Operasi tamat pada jam 3.42 petang.

"Kanak-kanak terbabit dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi tadi.

Mayat warga emas ditemui dalam semak


Mayat warga emas ditemui dalam semak

Jasin: Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati tiga hari lalu ditemui mati di kawasan semak di tepi jalan di Jalan Telok Baru, Merlimau di sini, hari ini.


Mayat mangsa Wahab Dol, 65, yang lengkap berpakaian ditemui seorang lelaki ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sebuah institusi pengajian tinggi.

Dipercayai, mangsa yang menghidap asma meninggalkan motosikalnya kira-kira 100 meter dari lokasi mayatnya ditemui.

Menurut sumber, bagaimanapun mangsa dipercayai mati di lokasi yang terletak tidak sampai 20 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan katanya kes diklasifikan sebagai kematian mengejut.

Monday, November 10, 2014

Kasih ibu sampai ke mati demi selamatkan anak



Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.


Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.

Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.


Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.

Difahamkan, mangsa yang menyedari kedatangan motosikal itu menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

FOTO-FOTO dari  ihsan pembaca Harian Metro

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada.  Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi anak-anak tersayang.  Tetapi, tidak ramai anak-anak yang sanggup hanya untuk mengorbankan sedikit masa sahaja untuk ibu yang tersayang.  Fikir-fikirkan.....

Mati bogel di kandang lembu


Tanah Merah: Seorang penternak yang sibuk mencari lembunya yang hilang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan dalam keadaan bogel di kandang lembu miliknya di sebuah kampung di sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Hussin, 61, sedang mencari seekor lembu dekat kandang itu selepas gagal menemuinya di lokasi ia ditambat.

"Sejak jam 9 pagi lagi saya keluar dengan seorang rakan, Kiman Hasan untuk cari lembu yang hilang dari tempat ia ditambat.

"Pencarian kami diteruskan ke kandang terdekat dan ketika melalui kawasan kandang itu, saya terkejut melihat seorang lelaki terbaring mengiring dalam keadaan bogel.

"Turut ditemui di situ adalah lembu saya yang sudah mati," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.

Mohd berkata, dia dan Kiman, 47, kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah kira-kira jam 4.15 petang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Hingga tengah hari ini, bedah siasat ke atas mayat mangsa masih belum selesai.

Sunday, November 9, 2014

Nelayan terkejut temui 1,840 peluru hidup dalam selut


Nelayan terkejut  temui 1,840 peluru hidup dalam selut

LANGKAWI: Sekumpulan nelayan tempatan terkejut menemui sejumlah 1,840 butir peluru yang masih hidup  terbenam dalam selut di pangkalan nelayan Kampung Belanga Pecah di sini, tengah hari semalam.


Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah, berkata sejumlah 920 peluru pertama ditemui dalam sebuah kotak hitam yang terbenam dalam selut pada jam 1 tengah hari, manakala sebahagian lagi ditemui dibungkus dengan plastik hitam di kawasan sama pada jam 6 petang.

Katanya, polis percaya penemuan peluru itu ada kaitan dengan kes penemuan beberapa laras raifal Beneli Agro dan pump gun dalam kapal mewah di kawasan sama pada 18 September lalu.

Lelaki 'bertelur' berkemungkinan dipenjarakan ?

Lelaki 'bertelur' berkemungkinan dipenjarakan ?


Ekoran dari kekecohan  seorang lelaki yang mendakwa dirinya boleh bertelur seperti ayam, berkemungkinan besar beliau boleh dipenjarakan sekiranya beliau didapati menipu.  Kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada, sebab lelaki dengan 'telur' memang tidak boleh dipisahkan.  Tetapi yang ni agak pelik kerana dakwaannya boleh bertelur seperti ayam! Untuk artikel terdahulu, sila klik di sini.


Ketua Jabatan Kesihatan Jakarta Utara, Bambang Suheri berkata, jika terbukti dakwaan Sinin adalah bohong, dia boleh didakwa di mahkamah.

“Dia menyebabkan keresahan orang ramai.

“Lebih penting, dia membodohkan masyarakat jika dakwaannya cuma rekaan,” katanya semalam.

Sinin, 62, yang menetap di Tanjung Wangi, Penjaringan, baru-baru ini mendakwa dia mengeluarkan telur sejak 1998.

Akhir-akhir ini, kata Sinin, kekerapan itu meningkat dan menghasilkan lebih 200 biji sejak ia bermula 16 tahun lalu.

Kata Bambang, ketika ini pasukan perubatan memeriksa dakwaan Sinin bagi mendapatkan kesahihan.

“Kami meminta Sinin sedar kesan dakwaannya itu,” katanya.

Menurut Bambang, berdasarkan kajian sains, sangat sukar mempercayai ada manusia menghasilkan telur seperti seekor ibu ayam.

“Menurut ilmu kedoktoran, tidak mungkin telur boleh keluar melalui dubur kerana ia pasti akan pecah terlebih dulu,” katanya.

Keganjilan lain termasuk keadaan telur Sinin yang keluar dalam keadaan kering serta bersih.

Saturday, November 8, 2014

Wanita maut dirempuh kereta api Kuala Lumpur - Klang


Wanita maut dirempuh kereta api Kuala Lumpur - Klang

Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui mati berhampiran Stesen Batu 3, pagi tadi, dipercayai dirempuh kereta api dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi, mangsa tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa dipercayai memasuki kawasan itu melalui lubang pagar yang sudah dipotong.

Menurutnya, siasatan mendapati kereta api itu sudah membunyikan hon beberapa kali sebelum kejadian itu.

"Mangsa dipercayai melompat ke landasan sebelum dirempuh," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

"Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Friday, November 7, 2014

Jumpa kaki manusia di tempat pembuangan sampah


Jumpa kaki manusia di tempat pembuangan sampah

Nibong Tebal: Sepasang kaki manusia ditemui di kawasan pembuangan sampah di Pulau Burung, jam 12 tengah hari tadi.


Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota badan manusia itu ditemui orang awam melalui kawasan berkenaan.

"Penemuan pertama membabitkan kaki kanan manakala 15 minit kemudian kaki sebelah kiri ditemui di kawasan berhampiran.

“Anggota badan manusia itu dipercayai dicampak individu tertentu di kawasan itu.

"Ia dipercayai sudah berada di situ lebih dari 24 jam lalu berikutan keadaannya yang mula berbau dan mereput," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya perlu melakukan siasatan lanjut bagi melakukan pengesahan sekiranya anggota badan manusia itu mempunyai kaitan dengan penemuan mayat wanita tanpa kepala dan kaki disumbat dalam beg di kawasan pakir kereta berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga Georgetown, 11 pagi semalam.

Siasatan awal polis percaya anggota badan itu milik warga negara asing berikutan semakan cap jari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilakukan tidak menemui padanan dengan mana-mana rakyat tempatan.

Warga emas hilang ditemui lemas dalam sungai

Warga emas hilang ditemui lemas dalam sungai



Rembau: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pagi semalam ditemui mati lemas di Sungai Rembau, dekat Kampung Nerasau, Chengkau, Kota, di sini, jam 11.45 pagi ini.


Mangsa Mahat Yassin,77, dari Kampung Tengah Penajis, Nerasau, dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 11 pagi untuk mengambil pasir di sungai berhampiran rumahnya.

Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 milik menantunya Sharif Kamaruddin, 55, untuk ke sungai berkenaan dan apabila tidak pulang hingga jam 2 petang, menantu dan adik iparnya pergi mencari lelaki itu di sekitar kampung tetapi gagal menemuinya.

Bagaimanapun, pada jam 8.30 malam, adik ipar mangsa, Ahmad Manaf Mahat,53, menjumpai motosikal dan kasut but mangsa di ladang kelapa sawit bersebelahan sungai berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kota.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 9 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui tersangkut pada pokok di sungai berkenaan jam 11.45 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia dipercayai jatuh.

Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan oleh 31 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Seremban, Seremban 2, Teluk Kemang dan Senawang.

Katanya, operasi turut dibantu anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

Terbaru : Foto hantu pocong dekat bilik mayat

Terbaru : Foto hantu pocong dekat bilik mayat


KULIM - Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.


Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya.

Sudah banyak kali terjadinya dakwaan kononnya foto-foto pelbagai jenis hantu berjaya dirakamkan menggunakan kamera.

Namun yang menjadi persoalan, biasanya kita akan mengunakan kamera, sama ada kamera digital mahupun kamera pada telefon bimbit untuk merakamkan sesuatu perkara yang penting.  Boleh dikatakan tiada sesiapa pun sekadar suka-suka menekan butang 'shot'  untuk merakamkan imej/foto yang tidak mengandungi apa-apa elemen yang penting.

Saya tidak menafikan kewujudan hantu/syaitan.. dan saya juga bukanlah jurufoto yang profesional, namun jika saya ingin merakamkan foto sesuatu objek, seharusnya saiz objek utama tersebut haruslah hampir-hampir memenuhi frame.  Melainkan jika 'background' yang penting juga perlu dimasukkan bersama objek utama tersebut.  

Lelaki 'ajaib' boleh bertelur


Lelaki 'ajaib' boleh bertelur

Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.


Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.

“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.

Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.

Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.

“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.

“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus.

Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7175#sthash.to7ngXBs.dpuf

Thursday, November 6, 2014

Mayat wanita tanpa kepala dan kaki dijumpai di dalam beg pakaian

Mayat wanita tanpa kepala dan kaki
Mayat mangsa di dalam beg pakaian 

Georgetown: Mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di kawasan parkir kereta Taman Botanikal Jalan Kebun Bunga, di sini, pagi ini.


Mayat itu ditemui jam 11 pagi tadi oleh seorang pekerja pencuci sampah yang curiga selepas melihat beg pakaian berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mayat berkenaan dibalut menggunakan selimut dan disumbat dalam beg pakaian itu.

"Siasatan mendapati hanya separuh badan daripada pinggang hingga leher ditemui manakala kaki dan kepalanya dipotong.

"Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan ini," katanya yang ditemui di lokasi kejadian, pagi ini.