Lima Pembuli Remaja Mengaku Salah

Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Mitsubishi perkenalkan ASX Designer Edition

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX Designer Edition yang menerima sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Rizalman Ibrahim, hari ini.

This is my dream superbike

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my another dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.


Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Terbaru : Sumpahan jam berharga RM71 juta !

Terbaru : Sumpahan jam berharga RM71 juta !

Jika anda masih ingat, dalam artikel terdahulu, Biar betul, jam RM71 juta, mengisahkan tentang jam di atas yang berharga RM71 juta.  Dan terbaru, timbul pula perkhabaran bahawa jam tersebut mempunyai sumpahan!


Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, ( foto, kiri ) tiba-tiba meninggal dunia, sewaktu berusia 48 tahun, meneruskan  siri musibah yang berkaitan dengan jam tangan tersebut.

Ia dikenali sebagai jam tangan yang paling indah di dunia - tetapi ia tercemar oleh 'kutukan' yang boleh membawa maut.

Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani, pemilik jam tangan yang paling mahal di dunia itu,  bernilai £15 juta, telah meninggal dunia secara tiba-tiba di rumah beliau di London  minggu lepas.

Jutawan berusia 48 tahun itu, yang dikenali sebagai salah satu daripada pengumpul seni terbesar di dunia, mahu menjual jam tersebut dan  bersedia untuk diletakkan untuk lelongan dalam masa dua hari.

Tetapi beliau meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada penyakit jantung.

The Henry Graves Supercomplication

Jam tersebut merupakan hasil rekaan Patek Phillipe, pada tahun 1933 yang bagaikan ada sumpahan kepada setiap pemiliknya.

Sumpahan bermula kepada pemilik pertama, Henry Graves, yang mendekati pembuat jam legenda Patek Phillipe untuk meminta dia membuatnya sebuah jam  yang paling rumit di dunia pada tahun 1925.

Tujuh bulan selepas Graves memilikinya, kawan baiknya meninggal dunia tidak lama selepas itu anaknya, George terbunuh dalam kemalangan kereta.

Seorang kerabat Diraja Qatar berusia 48 tahun membeli jam tangan tersebut 15 tahun yang lalu dengan harga  US$11 juta.

Ia telah dijual di Geneva kepada pembeli yang tidak didedahkan untuk rekod 23 juta  francs Switzerland,  (rujuk artikel terdahulu) tetapi baru diketahui bahawa Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani, pemilik jam tangan yang terdahulu, telah meninggal dunia dua hari sebelum lelongan tersebut.

Ahli horologists Swiss mengambil masa tiga tahun untuk penyelidikan dan menjangkau lima tahun untuk membuat, melengkapkannya menjadi jam yang sempurna pada tahun 1933.

Jam tangan ini mempunyai satu minit 'openface' emas dan  'chronograph clockwatch' berulang dengan loceng/deringan Westminster.

Ia juga mempunyai kalendar untuk selama-lamanya, fasa bulan, masa perbintangan, rizab kuasa, dan tanda-tanda untuk masa matahari terbenam dan matahari terbit dan langit malam di New York City.

Secara keseluruhan, terdapat 24 komplikasi horologi dan 'The Graves' memegang rekod dunia selama 56 tahun untuk jam yang paling rumit.

The Henry Graves Supercomplication


Dilelong pada tahun 1999 untuk $ 11.000.000 (£ 9.6 juta) dan mempunyai harga rizab akhir yang lebih rendah sebanyak US$ 15.6 juta  (£ 9.8 juta) dalam jualan semasa.

Pembeli pada masa itu dipercayai ialah Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani, bekas menteri budaya dan warisan di Qatar.

Beliau kemudian memberikannya kepada Sotheby untuk membantu melunas hutang yang belum dibayar.


Thursday, November 13, 2014

Biar betul, jam RM71 juta !


Biar betul, jam RM71 juta !

Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).


Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).

Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.

Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.

Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).

Monday, November 10, 2014

Peluang untuk suami rasa sakit bersalin


Sebuah hospital di Jinan, wilayah Shandong memberi kaum lelaki pengalaman unik yang tidak mungkin dapat dilupakan menggunakan simulasi yang membolehkan mereka mengalami rasa sakit bersalin.


Acara diadakan pada 4 November itu dikenali sebagai 'Pain Experience Camp' bertujuan memberi mereka peluang memahami kesakitan dialami wanita ketika melahirkan anak seterusnya lebih menghormati dan menghargai pengorbanan kaum ibu.

Ramai sukarelawan datang bersama isteri hamil yang tidak henti tersenyum melihat reaksi suami mereka itu apabila ada yang menangis sebaik merasa kontraksi dihasilkan mesin yang merangsang otot abdomen lelaki terbabit dengan renjatan elektrik.

Guang Liao, 29, mengakui pengalaman itu benar-benar membuka matanya.

"Isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami dalam tiga bulan dan kami pernah bertengkar kerana saya menganggapnya mengada-ngada. Sebaik terdengar mengenai projek ini, dia terus memasukkan nama kami untuk memastikan saya belajar daripada pengalaman ini.

"Baru beberapa minit saja saya sudah tidak tahan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika terpaksa melaluinya untuk beberapa jam," katanya.


Idea itu diinspirasikan tindakan dua hos rancangan televisyen Belanda yang melalui pengalaman sama selama dua jam, tahun lalu.

Pada Hari Ibu di Nanchang, wilayah Jiangxi, 20 sukarelawan lelaki menyertai rancangan televisyen bagi menyahut cabaran merasai kesakitan dengan renjatan yang semakin dikuatkan sama seperti kontraksi bersalin.

Peserta tunggal yang berjaya melakukannya sehingga tahap terakhir berkata: "Saya ayah kepada kembar tiga dan mahu merasai kesakitan dialami isteri ketika melahirkan mereka. Memang teruk! Saya kini amat menghormati pengorbanan kaum ibu."

Sunday, November 2, 2014

'Let it Go - it's mine' Dua wanita bergaduh kerana barangan Frozen.

Dua wanita bergaduh kerana barangan Frozen.
Orang ramai beratur menantikan pembukaan pasaraya



Orang ramai telah dilihat menyerbu sebuah pasaraya untuk membeli hadiah sempena Krismas tahun ini semasa pembukaan kedai baru di Wales.

Saturday, November 1, 2014

Ketam gergasi di persisiran pantai Britain?

Giant crab spotted at Kent docks Whitstable
Pandangan dari udara, benar atau satu tipu helah yang bijak?

Orang ramai telah berbondong-bondong ke laman web untuk menilai sendiri sama ada gambar ini menunjukkan krustasea yang besar di dalam air cetek di muara pelabuhan di Kent atau hanya sebuah penipuan yang rumit.


Tragedi Pesawat Angkasa Meletup Di Udara


tragedi pesawat virgin galactic
Pesawat angkasa Virgin Galactic meletup di angkasa

Malam tadi seorang juruterbang terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kapal angkasa Virgin meletup 45,000 kaki di udara dan terhempas semasa penerbangan ujian.

Friday, October 31, 2014

Wanita ditanam hidup-hidup, penziarah terdengar jeritan dari dalam kubur


ditanam hidup-hidup
Pusara yang menempatkan mangsa digali semula oleh pihak berkuasa

Chicago - Wanita dikubur hidup-hidup, penziarah pengkebumian mendengar jeritan dari kubur.

Thursday, October 30, 2014

Ikan menyerang kucing, dunia dah terbalik !

Kitten was dragged into the water when one of the fish in a garden pond attacked him.
Kucing yang cuba menangkap ikan tersebut

Ikan menyerang kucing? Dunia dah terbalik kut... Video viral menunjukkan ikan melompat keluar dari air untuk seolah-olah menyerang dua ekor kucing yang berperasaan ingin tahu atau mahu cuba menangkap ikan-ikan yang ada di dalam kolam..


Wednesday, May 14, 2014

Sperma berusia 17 juta tahun ditemui di Australia

sperma haiwan berusia 17 juta tahun
Gambar Hiasan

SYDNEY: Para saintis Australia melaporkan mereka berjaya menemui sperma haiwan berusia 17 juta tahun, masih elok dan dikatakan paling tua dalam sejarah.