Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Monday, July 6, 2015

Bunuh Diri : Selesaikah Segala Masalah ?


Baru-baru ini, saya menerima whatsapp dari seorang teman, yang mengirimkan foto-foto seorang remaja perempuan yang menggantung dirinya di sebuah pencawang elektrik di Negeri Sembilan. Agak mengejutkan kerana kejadian tersebut berlaku di dalam bulan Ramadhan, dan tidak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan Hari Raya AidilFitri.

Sebagai manusia, kita sememangnya tidak dapat lari dari sebarang masalah.  Namun wajarkah kita untuk mencabut nyawa kita sendiri?  Dan sebagaimana tajuk post kali ini, selesaikah segala masalah kita dengan membunuh diri?  Percayalah, dengan membunuh diri, kita tidak akan menyelesaikan sebarang masalah pun, malah dengan membunuh diri, kita hanyalah 'menyelesaikan' masalah bagi orang yang masih hidup, dan bukannya kita!

Mengapa saya berkata demikian ?  Kerana selesai sahaja imam membaca talkin, dan mungkin 3 atau 4 kali majlis tahlil, maka anda akan semakin dilupakan.  Sudah tiada masalah apa-apa bagi yang masih hidup, tapi bagaimana pula dengan diri anda?

Jika anda membunuh diri kerana pernah melakukan dosa besar semasa anda masih hidup, maka dosa itu akan dibawa bersama, malah ditambah pula dengan dosa anda membunuh diri!  Bertambah-tambah lagi masalah anda nanti!

Dan jika anda begitu berani untuk mencabut nyawa anda sendiri, jadi, mengapa anda tidak pula berani untuk menyelesaikan masalah anda dengan berjumpa dengan pihak-pihak tertentu yang boleh menyelesaikan masalah anda.  Di negara kita ini, kita mempunyai pelbagai agensi dan NGO yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.  Tapi jika anda sudah berada di alam kubur, siapa lagi yang boleh membantu anda?  Hanya iman dan amal sahaja yang boleh membantu anda nanti.

Jadi, fikir-fikirkan dahulu, sebelum anda mengambil keputusan untuk membunuh diri!

0 comments: