Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Friday, October 31, 2014

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar
PUTING beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. - Foto Danial Noordin



Alor Setar: Lebih 30 rumah sekitar daerah Kota Setar rosak teruk selepas dilanda puting beliung dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi.


Difahamkan, antara kampung yang terbabit ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian pada jam 5.22 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dengan kekuatan enam anggota diketuai Pehawai Bomba Khairil Anuar Said dikejarkan ke lokasi salah sebuah lokasi iaitu di Taman Mergong Jaya.

35 rumah rosak akibat puting beliung di Kota Setar
PUTING beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. - Foto NSTP

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati rata-rata rumah penduduk rosak teruk di bahagian bumbung dan garaj rumah akibat diterbangkan angin.
"Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Jumlah sebenar rumah yang rosak masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.
DANIAL Harizz Azwan Afifi, 12, melihat kereta ayahnya yang rosak dihempap bumbung selepas ribut yang melanda Kampung Batin, Mergong, hari ini. - Foto Danial Noordin

PUTING beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. - Foto NSTP



0 comments: