Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Friday, October 31, 2014

Wanita ditanam hidup-hidup, penziarah terdengar jeritan dari dalam kubur


ditanam hidup-hidup
Pusara yang menempatkan mangsa digali semula oleh pihak berkuasa

Chicago - Wanita dikubur hidup-hidup, penziarah pengkebumian mendengar jeritan dari kubur.


Seorang wanita 34 tahun di kini pulih daripada adegan yang paling pelik, yang kita hanya dengar tentangnya di dalam filem. Sebuah keluarga di Chicago telah bersedih di atas kehilangan anak lelaki mereka, kerana mereka mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir mereka adalah pada saat pengkebumiannya.

Polis mengatakan bahawa ia adalah tidak seperti apa yang pernah mereka lihat sebelum ini. Laporan mengatakan bahawa kira-kira 15 minit selepas mayat lelaki itu dikebumikan, keluarga si mati mulai mendengar jeritan.

"Kami memutuskan untuk tinggal sebentar selepas pengkebumian, untuk biarkan semuanya meresap. Apabila tiba-tiba kami mendengar jeritan, tetapi tidak tahu di mana jeritan itu datang," kata seorang ahli keluarga yang tidak mahu dikenali.

"Kami sedar ia datang dari dalam kubur di mana mayat saudara mereka ditanam. Kami berlari untuk mendapatkan bantuan. Kami terkejut kerana menyangka anak kami hidup kembali. "

Polis mengatakan apabila anggota bomba tiba, mereka mendapat izin dari keluarga untuk menggali kubur yang baru ditimbus. Seperti yang mereka dengar sebelum ini, jeritan menjadi lebih kuat dan jelas. Apabila mereka tiba di keranda itu, mereka memaksa ia terbuka, dan terkejut apabila menemui Linda Lynch, usia 34 tahun yang berada di dalam dan masih hidup.

Polis mengatakan bahawa ia adalah satu plot jahat. Keranda lelaki itu, yang sepatutnya dikebumikan, didorong ke belakang dan tubuhnya cepat dikeluarkan selepas arahkan oleh pengurus sebuah rumah pengkebumian, Harold Lynch, di Thomas Hite Rumah Duka, yang telah cuba untuk membunuh bekas isteri beliau tersebut. Lynch telah dikatakan meracun isterinya dengan racun arsenik dan menyembunyikannya di rumah pengkebumian, apabila tiba waktu yang sepatutnya mayat pemuda yang benar-benar meninggal dijadualkan untuk dikebumikan, Harold Lynch telah menyembunyikan mayat pemuda itu dan didapati dibalut dengan selimut di ruang bawah tanah rumah pengkebumian. Harold Lycnch menyangka bekas isterinya telah mati, sedangkan beliau telah ditanam hidup-hidup.

Bekas isteri Lynch kini dimasukkan ke hospital dalam keadaan stabil melalui proses detoksifikasi. Lynch pula dikenakan bon US$ 200,000 dan didakwa membunuh. Keluarga di Chicago pula telah mengkebumikan dengan betul mayat anak lelaki mereka.

Berita ini dilaporkan berlaku pada 10hb Oktober lalu.

0 comments: