Lima Pembuli Remaja Mengaku Salah

Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.

Mitsubishi perkenalkan ASX Designer Edition

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX Designer Edition yang menerima sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Rizalman Ibrahim, hari ini.

This is my dream superbike

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.

This is my another dream car

Go to bed, sleep tight, and wish have a dream!.


Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Monday, February 20, 2017

Facebook Pusat Jualan Dapur Akok

Untuk memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat terkini, foto-foto serta video berkaitan dapur akok, anda semua boleh melayari Facebook kami di alamat :

fb.me/pusatjualandapurakok

Thursday, October 6, 2016

Relevankah Lagi Telemarketing Insuran


Saya sering menerima panggilan dari syarikat insuran yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Bagi saya, sekarang ini telemarketing mungkin sudah tidak relevan lagi. Apatah lagi jika apa sahaja produk mahupun perkhidmatan, semua boleh dicari dengan google. Perbandingan produk dan perkhidmatan di antara syarikat boleh dilakukan serta merta dan kita boleh memilih apa sahaja pakej yang diperlukan.

Sudah sampai masanya perkhidmatan telemarketing patut dihentikan.

Wednesday, July 15, 2015

Pasar Malam Aidil Fitri di Pasir Mas


Sejak beberapa hari lepas lagi, pasar malam Aidil Fitri telah di buka di tengah-tengah bandar Pasir Mas untuk mereka yang ingin membuat persiapan terakhir bagi menyambut hari raya Aidil Fitri.

Pelbagai barang jualan disediakan, kain tudung, butang baju melayu, biskut raya, air minuman... yang pasti, semakin dekat menjelang raya, semakin meriah pasar malam ini.  

Yang seronoknya, malam raya nanti, jualan akan berterusan sehingga jam 3 atau 4 pagi, dan para peniaga akan melelong murah-murah untuk menghabiskan barang jualan.  

Yang tak syoknya, nak cari parking agak susah sikit !

Bandar Pasir Mas Mula Sesak Teruk!


Dengan hari raya yang tidak lama lagi, bandar Pasir Mas mula dibanjiri dengan kenderaan bila anak-anak Kelantan di perantauan mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.  

Pesan saya, berhati-hati di jalan raya, jangan memandu jika mengantuk, dan tak perlu tergesa-gesa. Kita nak beraya, bukan nak ke pusara !

Tuesday, July 14, 2015

Kemalangan Maut Di Kampung Kasar, Pasir Mas



Petang tadi lebih kurang jam 2 lebih, berlaku kemalangan yang melibatkan 4 motorkar dan 2 motorsikal,berdekatan masjid Kasa, dan secara tepatnya berhampiran lorong masuk ke Kg. Kubang Bunut.

Seorang warga emas yang memandu kereta Proton Saga, maut di tempat kejadian, manakala khabar yang baru diterima mengatakan seorang ibu yang baru pulang dari mengambil anak di sekolah yang memandu sebuah kereta lain, meninggal dunia di hospital ( berita ini belum disahkan ).

Maaflah, kalau photo-photo yang ngeri, saya tak akan siarkan..

Kemaskini  : Telah disahkan bahawa seorang ibu hamil yang terlibat di dalam kemalangan ini, telah meninggal dunia di hospital... Al-Fatihah buat semua.

Monday, July 6, 2015

Bunuh Diri : Selesaikah Segala Masalah ?


Baru-baru ini, saya menerima whatsapp dari seorang teman, yang mengirimkan foto-foto seorang remaja perempuan yang menggantung dirinya di sebuah pencawang elektrik di Negeri Sembilan. Agak mengejutkan kerana kejadian tersebut berlaku di dalam bulan Ramadhan, dan tidak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan Hari Raya AidilFitri.

Sebagai manusia, kita sememangnya tidak dapat lari dari sebarang masalah.  Namun wajarkah kita untuk mencabut nyawa kita sendiri?  Dan sebagaimana tajuk post kali ini, selesaikah segala masalah kita dengan membunuh diri?  Percayalah, dengan membunuh diri, kita tidak akan menyelesaikan sebarang masalah pun, malah dengan membunuh diri, kita hanyalah 'menyelesaikan' masalah bagi orang yang masih hidup, dan bukannya kita!

Mengapa saya berkata demikian ?  Kerana selesai sahaja imam membaca talkin, dan mungkin 3 atau 4 kali majlis tahlil, maka anda akan semakin dilupakan.  Sudah tiada masalah apa-apa bagi yang masih hidup, tapi bagaimana pula dengan diri anda?

Jika anda membunuh diri kerana pernah melakukan dosa besar semasa anda masih hidup, maka dosa itu akan dibawa bersama, malah ditambah pula dengan dosa anda membunuh diri!  Bertambah-tambah lagi masalah anda nanti!

Dan jika anda begitu berani untuk mencabut nyawa anda sendiri, jadi, mengapa anda tidak pula berani untuk menyelesaikan masalah anda dengan berjumpa dengan pihak-pihak tertentu yang boleh menyelesaikan masalah anda.  Di negara kita ini, kita mempunyai pelbagai agensi dan NGO yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.  Tapi jika anda sudah berada di alam kubur, siapa lagi yang boleh membantu anda?  Hanya iman dan amal sahaja yang boleh membantu anda nanti.

Jadi, fikir-fikirkan dahulu, sebelum anda mengambil keputusan untuk membunuh diri!

Friday, July 3, 2015

Jangan Pandang Sinis Suara Trumpet di Langit



Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang bunyi trumpet dari langit di Sabah, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan mendapat pelbagai komen dari perbagai lapisan masyarakat.  Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa video yang tersebar di laman sosial itu adalah palsu, 
dan menyatakan bahawa bunyi tersebut bukanlah bunyi sangkakala yang menandakan kiamat sudah tiba.

Saya hanya mendengar pendapat-pendapat dan ulasan sama ada melalui internet mahu pun dari berita tv.  Ternyata, ada yang mendakwa beserta dengan bukti bahawa bunyi trumpet di Sabah, telah dipalsukan.  Ianya telah lama berlaku di luar negara, dan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menghasilkan video palsu dengan mengambil kesempatan dengan kejadian gempa yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

Saya tertarik dengan satu ulasan dari seorang ustaz yang muncul di kaca tv, dengan menyatakan bahawa bunyi tersebut bukanlah sangka kala yang membawa kepada kiamat, ( dan sambil tersenyum ) menyatakan bahawa jika benar ianya bunyi sangka kala, maka tiada seorang pun manusia akan hidup lagi di saat ianya berlaku!  Saya hanya tersenyum, sememangnya benar dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz tersebut.

Namun begitu, sebagai seorang manusia, dan juga sebagai seorang muslim, seharus kita cuba berfikir dengan lebih mendalam tentang kejadian yang berlaku.  Kerana setiap apa yang dijadikan oleh Allah itu bersebab!

Dari apa yang saya tonton melalui rancangan NASA Unexplained Files, baru-baru ini, bunyi tersebut telah diklasifikasikan sebagai bunyi dari 'space quake' atau gempa di angkasa, bagaimana ia berlaku, dan bila ia berlaku masih di dalam kajian.

Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya kepada hari kiamat.  Ianya pasti akan berlaku.  Pada hemat saya, Allah masih sayangkan umat Islam yang masih ada sekarang ini.  Apatah lagi di dalam situasi global sekarang di mana umat Islam ditindas, dan persengketaan di antara sesama umat Islam, semuanya menjadi kacau bilau.  Tidak kah bunyi trumpet di langit itu, boleh kita jadikan sebagai satu peringatan dari Allah ?

Pembaca blog sekelian, rajin-rajin lah kalian membaca buku-buku berkenaan kiamat.  Bacalah tentang 'asap' yang mematikan umat manusia, atau api yang keluar dari perut bumi, mahupun gunung-gunung yang runtuh! 

Oleh kerana saya memang meminati rancangan dokumentari, saya juga berpeluang untuk menonton sebuah dokumentari ' Disaster in Nepal' , iaitu berkisar tentang gempa bumi yang berlaku di Nepal, juga baru-baru ini.  Di dalam rancangan berkenaan, ditunjukkan rakaman video amatur, bagaimana ramai orang bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan menutup kepala, sambil menjerit, " Langit hendak runtuh, langit hendak runtuh!"

Berbalik kepada hari kiamat, tidakkah pernah kita terfikir jika 'asap' yang dimaksudkan di dalam buku-buku yang menceritakan tentang kejadian kiamat itu merupakan asap debu dari gunung berapi ? Dan bukannya kabus tipis sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.   Ini kerana debu gunung berapi ternyata amat panas, malah bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi.

Begitu juga dengan kemunculan api dari perut bumi, apakah ianya api sebagaimana api yang kita biasa lihat, atau ianya lava berapi yang amat panas? Ianya tidak mustahil, bukan?

Saya tertarik dengan satu ulasan dari seorang ahli geologi luar negara  yang mengatakan bahawa, bukit bukau dan gunung ganang sebenarnya terjadi akibat dari pergerakan kerak bumi, bila berlaku pertembungan, kerak yang naik menjulang tinggi, akan menjadi banjaran gunung-ganang.

Jadi, secara logiknya, di mana ada gunung-ganang, tidak mustahil akan ada pergerakan di bawah permukaan bumi.

Akhir sekali, ketahuilah, bumi bukan lah objek yang padu dan stabil.  Dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di serata dunia, serta gunung berapi yang kembali aktif, tidak mustahil akan berlaku sesuatu.  Senang cakap, bumi sekarang adalah seperti satu objek retak yang menanti belah sekarang ini.

Akhir kata, Allah memberi mata untuk kita melihat, dan memberi akal untuk kita berfikir, jadi pandanglah ke serata dunia, dan fikir-fikirkanlah.   Allah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab, bukan sajaj-saja nak buat.  Mungkin ini satu peringatan, supaya non-muslim akan mempercayai apa yang terkandung di dalam Al-Quran, manakala kita yang muslim akan bertambah keimanan..


Selamat Berpuasa !

Sunday, June 28, 2015

MH370 Masih Tiada Jawapan.



Pihak Australia pernah menjanjikan bahawa pada bulan Mei, segalanya akan selesai berkenaan pesawat malang MH370.  Kini sudah hampir bulan Julai, namun tiada apa-apa yang terbaru mengenai nasib pesawat MH370.

Benarkah pencarian selama ini sebenarnya di lokasi yang salah ? Apakah MH370 sebenarnya terkubur di Laut China Selatan ?


Thursday, February 26, 2015

#MH370@LautChinaSelatan



8hb Mac nanti, genap 2 tahun kehilangan pesawat MH370, yang pasti ianya masih diselubungi misteri.  Tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa saya memilih tajuk #MH370@LautChinaSelatan. Pastinya kerana saya juga berpendirian bahawa lokasi sebenar pesawat MH370, berada di dasar Laut China Selatan.  Saya juga mempunyai teori dan juga fakta-fakta yang telah disahkan...

Yang terbaru, yang paling mengarut ialah teori bahawa MH370 telah dirampas oleh pihak Russia, bukankah tidak pelik ianya timbul setelah kejadian MH17?  Sedari tarikh kejadian tersebut, saya telah membuat teori ( berdasarkan fakta-fakta dan keterangan saksi yang sedia ada, bahawa pesawat MH370 telah membuat pendaratan kecemasan di permukaan Laut China Selatan.

In Sha Allah, tengok lah nanti, sekiranya ada pihak yang berminat atau sudi untuk menerima teori saya ini, pesawat MH370 berkemungkinan besar akan ditemui di dasar Laut China Selatan, Pencarian di Lautan Hindi pun sia-sia, jadi mengapa tidak pula mencari di Laut China Selatan ? Nothing to loose, but lot of things to gain.....

Sunday, November 30, 2014

Maut dihimpit ke tiang



Melaka: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral.

"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan.

"Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.