Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Friday, July 3, 2015

Jangan Pandang Sinis Suara Trumpet di Langit



Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang bunyi trumpet dari langit di Sabah, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan mendapat pelbagai komen dari perbagai lapisan masyarakat.  Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa video yang tersebar di laman sosial itu adalah palsu, 
dan menyatakan bahawa bunyi tersebut bukanlah bunyi sangkakala yang menandakan kiamat sudah tiba.

Saya hanya mendengar pendapat-pendapat dan ulasan sama ada melalui internet mahu pun dari berita tv.  Ternyata, ada yang mendakwa beserta dengan bukti bahawa bunyi trumpet di Sabah, telah dipalsukan.  Ianya telah lama berlaku di luar negara, dan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menghasilkan video palsu dengan mengambil kesempatan dengan kejadian gempa yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

Saya tertarik dengan satu ulasan dari seorang ustaz yang muncul di kaca tv, dengan menyatakan bahawa bunyi tersebut bukanlah sangka kala yang membawa kepada kiamat, ( dan sambil tersenyum ) menyatakan bahawa jika benar ianya bunyi sangka kala, maka tiada seorang pun manusia akan hidup lagi di saat ianya berlaku!  Saya hanya tersenyum, sememangnya benar dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz tersebut.

Namun begitu, sebagai seorang manusia, dan juga sebagai seorang muslim, seharus kita cuba berfikir dengan lebih mendalam tentang kejadian yang berlaku.  Kerana setiap apa yang dijadikan oleh Allah itu bersebab!

Dari apa yang saya tonton melalui rancangan NASA Unexplained Files, baru-baru ini, bunyi tersebut telah diklasifikasikan sebagai bunyi dari 'space quake' atau gempa di angkasa, bagaimana ia berlaku, dan bila ia berlaku masih di dalam kajian.

Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya kepada hari kiamat.  Ianya pasti akan berlaku.  Pada hemat saya, Allah masih sayangkan umat Islam yang masih ada sekarang ini.  Apatah lagi di dalam situasi global sekarang di mana umat Islam ditindas, dan persengketaan di antara sesama umat Islam, semuanya menjadi kacau bilau.  Tidak kah bunyi trumpet di langit itu, boleh kita jadikan sebagai satu peringatan dari Allah ?

Pembaca blog sekelian, rajin-rajin lah kalian membaca buku-buku berkenaan kiamat.  Bacalah tentang 'asap' yang mematikan umat manusia, atau api yang keluar dari perut bumi, mahupun gunung-gunung yang runtuh! 

Oleh kerana saya memang meminati rancangan dokumentari, saya juga berpeluang untuk menonton sebuah dokumentari ' Disaster in Nepal' , iaitu berkisar tentang gempa bumi yang berlaku di Nepal, juga baru-baru ini.  Di dalam rancangan berkenaan, ditunjukkan rakaman video amatur, bagaimana ramai orang bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan menutup kepala, sambil menjerit, " Langit hendak runtuh, langit hendak runtuh!"

Berbalik kepada hari kiamat, tidakkah pernah kita terfikir jika 'asap' yang dimaksudkan di dalam buku-buku yang menceritakan tentang kejadian kiamat itu merupakan asap debu dari gunung berapi ? Dan bukannya kabus tipis sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.   Ini kerana debu gunung berapi ternyata amat panas, malah bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi.

Begitu juga dengan kemunculan api dari perut bumi, apakah ianya api sebagaimana api yang kita biasa lihat, atau ianya lava berapi yang amat panas? Ianya tidak mustahil, bukan?

Saya tertarik dengan satu ulasan dari seorang ahli geologi luar negara  yang mengatakan bahawa, bukit bukau dan gunung ganang sebenarnya terjadi akibat dari pergerakan kerak bumi, bila berlaku pertembungan, kerak yang naik menjulang tinggi, akan menjadi banjaran gunung-ganang.

Jadi, secara logiknya, di mana ada gunung-ganang, tidak mustahil akan ada pergerakan di bawah permukaan bumi.

Akhir sekali, ketahuilah, bumi bukan lah objek yang padu dan stabil.  Dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di serata dunia, serta gunung berapi yang kembali aktif, tidak mustahil akan berlaku sesuatu.  Senang cakap, bumi sekarang adalah seperti satu objek retak yang menanti belah sekarang ini.

Akhir kata, Allah memberi mata untuk kita melihat, dan memberi akal untuk kita berfikir, jadi pandanglah ke serata dunia, dan fikir-fikirkanlah.   Allah menjadikan sesuatu itu dengan bersebab, bukan sajaj-saja nak buat.  Mungkin ini satu peringatan, supaya non-muslim akan mempercayai apa yang terkandung di dalam Al-Quran, manakala kita yang muslim akan bertambah keimanan..


Selamat Berpuasa !

0 comments: