Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Tuesday, October 28, 2014

Tangkap haiwan aneh di padang pasir



Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor makhluk aneh menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis haiwan itu.


Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat haiwan berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya tangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi haiwan itu lebih kecil dan mudah takut.



“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Kejadian ini agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui makhluk seperti ini,” katanya.- Agensi

0 comments: