Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Thursday, October 30, 2014

Ikan menyerang kucing, dunia dah terbalik !

Kitten was dragged into the water when one of the fish in a garden pond attacked him.
Kucing yang cuba menangkap ikan tersebut

Ikan menyerang kucing? Dunia dah terbalik kut... Video viral menunjukkan ikan melompat keluar dari air untuk seolah-olah menyerang dua ekor kucing yang berperasaan ingin tahu atau mahu cuba menangkap ikan-ikan yang ada di dalam kolam..




Seekor kucing cuba membongkokkan badan dan mengintai ke dalam kolam, sementara kawannya yang seekor lagi, meletakkan kaki ke atas belakang kawanya, konon-kononnya untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Nak tau apa yang terjadi seterusnya? Tonton video yang menjadi viral ini.


Ikan-ikan yang berada di dalam kolam tersebut merupakan ikan kap Jepun, atau lebih dikenali sebagai pike dan muskie.

"Pike dan Muskie keduanya pemangsa visual rakus dan diketahui menyerang itik di atas air, tetapi juga akan menghampiri ke pantai untuk menyerang mangsa yang lebih kecil," Jeffrey Levinton, Profesor Ekologi dan Evolusi di Stony Brook University, menjelaskan.   "Imbasan melalui YouTube akan menunjukkan serangan lain seperti pada mangsa lain seperti itik.  Tetapi kucing juga penuh dengan muslihat.

Banyak komen di  YouTube menulis bahawa gerak lambat yang menunjukkan kedua-dua kucing berlalu  pergi. Harap-harap benar laaaa!

0 comments: