Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, October 26, 2014

Penduduk diminta siap sedia hadapi banjir



KOTA BHARU - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Rantau Panjang, Pasir Mas diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok kini melepasi paras amaran.
Portal rasmi infobanjir.water.gov.my menyatakan bacaan sungai itu pada 4 petang ini ialah 8.61 meter iaitu melepasi paras amaran 8 meter manakala paras bahaya ialah 9 meter.


Bacaan di sungai sama di Jenob, Tanah Merah kini melepasi paras normal iaitu 19.60 meter (normal 19 meter dan berjaga-jaga 21.50 meter).

Sungai-sungai lain dilaporkan berada pada paras normal. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzaman berkata pihaknya sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.

"Kita menasihati penduduk yang tinggal di tebing sungai agar mula mengambil langkah bersiap sedia jika diarahkan berpindah," katanya ketika di hubungi Bernama.

Beliau juga meminta mereka memantau pergerakan anak-anak pada musim banjir. - Bernama

0 comments: