Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, October 26, 2014

MH135: Bayi pramatang meninggal dunia

Dr Primawati - Foto ihsan Detik News.



DENPASAR - INDONESIA. Bayi yang dilahirkan oleh seorang penumpang pesawat MAS penerbangan MH135 warga Australia Jumaat lalu dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.


Memetik laporan Detik News, doktor dari Rumah Sakit Kasih Ibu Kedonganan,Bali, Dr Primawati berkata, bayi itu berumur kira-kira 22 hingga 23 minggu dengan berat 500 gram.

Samuel Priscilla Jeyanthi, 27, yang terbang bersama empat anggota keluarganya itu dikatakan mengalami kontraksi ketika berada di dalam pesawat dan melahirkan bayi tersebut sebaik tiba di hospital berkenaan.

“Kami hanya melakukan pembersihan rahim di bawah pengaruh ubat bius sebab uri masih tertinggal di dalam perutnya.

“Berdasarkan pemeriksaan, usia kehamilan Priscilla cukup muda dan boleh dikatakan pramatang. Sebab normalnya bayi seberat 2,500 gram dan usia kehamilannya 37 minggu,” katanya.

Namun, menurut Dr Primawati, beliau tidak dapat mengesahkan kematian itu berpunca daripada tekanan penerbangan atau bukan.

Jumaat lalu, sebuah pesawat MAS terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali kerana salah seorang penumpangnya hampir bersalin.

MH135 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane terpaksa membuat pendaratan cemas selepas wanita itu mengalami kontraksi.

Pesawat berkenaan membawa 178 penumpang dan anak kapal mendarat jam 2.10 petang (12.10 petang waktu tempatan) dan sejurus mendarat wanita itu terus dikejarkan ke hospital.

MH135 berlepas semula ke Brisbane jam 4.14 petang (2.14 petang waktu tempatan).

0 comments: