Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Monday, October 27, 2014

Tersepit kepala dicelah besi katil

 Kanak-kanak berusia empat tahun yang tersepit kepalanya di celah besi katil.

BANDARAYA MELAKA - Anggota bomba dan penyelamat terpaksa menenangkan seorang kanak-kanak empat tahun sebelum berusaha mengeluarkan kepalanya yang tersepit di celah besi katil semalam.




Dalam kejadian berkenaan, anggota bomba menggunakan ‘bolt cutter’ untuk memotong besi katil bagi mengeluarkan kepala Muhammad Amirul Syahir Amir Hamzah yang tersepit di celah dua batang besi.

Muhammad Amirul Syahir dikatakan sedang bermain dengan abangnya di dalam bilik berkenaan ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang di kediaman mereka di Balai Panjang di sini semalam.

Menurut ibu kanak- kanak berkenaan, Rafidah Anuar, 33, dia hanya menyedari kejadian kepala anaknya itu tersepit selepas mendengar anak bongsunya itu memanggil.

Menurutnya, dia yang ketika itu sedang berada di dapur, menjenguk ke dalam bilik dan terkejut melihat kepala anaknya tersepit di celah antara dua besi katil.

Katanya, dia cuba meregangkan dua batang besi katil itu dalam usaha melepaskan anaknya yang tersepit tetapi gagal.

“Saya tidak menyangka mereka berdua akan bermain di dalam bilik kerana sebelum kejadian, mereka sedang leka menonton tv.

“Tilam katil itu sudah saya buang sejak lima bulan lalu dan semenjak itu mereka tidak pernah bermain di situ,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, anggota bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian memotong besi katil menggunakan ‘bolt cutter’ bagi membebaskan kepala kanak-kanak yang tersepit besi katil berkenaan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima laporan kira-kira jam 3 petang semalam.



0 comments: