Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Thursday, October 30, 2014

Budak perempuan maut terjerut tali buaian

Seorang kakitangan Hospital Jempol mengangkat jenazah ke dalam kereta polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Seorang kakitangan Hospital Jempol mengangkat jenazah ke dalam kereta polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

BANDAR SERI JEMPOL - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas lehernya terjerut dekat tali buaian di kediaman datuk dan neneknya di Felda Lui Muda di sini petang semalam.


Ketua Polis daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 3.40 petang, mangsa, 5, tinggal bersama bapa saudara yang berumur 21 tahun kerana datuk dan neneknya tiada di rumah.

“Hasil siasatan awal kita dapati mangsa sering bermain dan bergayut dekat buaian itu. Buaian berkenaan diikat di kayu siling bahagian dapur rumah. Mangsa dipercayai memanjat meja berhampiran buaian berkenaan sebelum bergayut dekat tali buai.

"Ketika kejadian bapa saudaranya berada di bahagian hadapan rumah, menonton televisyen. Bapa saudara mangsa bagaimana pun ingin melihat keadaan mangsa, terkejut melihat mangsa yang sudah tergantung akibat lehernya terjerut dekat tali buaian,” katanya ketika mengesahkan kejadian hari ini.

Hamzah berkata, bapa saudara mangsa bergegas memotong tali buaian terbabit dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Felda Lui Muda.

“Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik berkenaan. Jenazah mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar , Seremban untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sudah acapkali kita membaca kejadian malang sebegini di dada-dada akhbar. Ada kejadian terjerut tali buaian dan tidak kurang juga tali buaian putus yang melibatkan bayi yang sedang tidur.

Pada 6hb. Februari lalu di GUA MUSANG: Seorang pelajar berusia 14 tahun maut, dipercayai terjerut tali buaian di dalam sebuah bilik.

Kejadian berlaku ketika kakak ipar mangsa sedang sibuk menyuap makanan kepada anak serta anak saudaranya di PPRT Tanah Putih, Gua Musang.

Mangsa, Nor Aiman Nor Azmi, dijumpai oleh abangnya Mohd Noryussairul Anuar, 19 tahun, dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut berhampiran kerusi meja solek.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi itu tidak ke sekolah kerana demam serta tiada perubahan pelik dalam diri mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut.

Sementara itu pada 3hb November 2010 pula di ALOR SETAR: Berikut kisahnya...

“Dia beria-ia minta dibelikan telekung dan al-Quran kerana ingin belajar solat dan mengaji minggu lalu tetapi hasratnya tidak kesampaian,” kata Mohd Ridzuan Cha, 41, bapa tiri Nor Syahayati Yahya, 6, yang mati akibat terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tok Keling, Pokok Sena.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang juga murid tadika Pokok Sena, dikatakan melilit tali buaian pada lehernya sebelum menolak kakinya ala tarzan ke sofa menyebabkan lehernya terjerut.

Ketika kejadian, ibunya, Siti Aisyah Ishak, 23, menidurkan adiknya yang berusia empat bulan, Muhammad Ikhwan, di buaian lain berhampiran ruang tamu rumah berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Pokok Sena kira-kira jam 4 petang.

Mohd Ridzuan berkata, dia menyedari kejadian itu apabila memasuki rumah selepas membersihkan lantai simen di depan rumahnya dan ternampak anak tirinya itu tidak sedarkan diri manakala tali buaian melilit lehernya.

“Saya segera mengangkat Nor Syahayati dan mendapati badannya sejuk manakala mukanya pucat.

“Saya dan isteri membawanya ke klinik kira-kira dua kilometer dari rumah dan setiba di sana, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, Nor Syahayati tidak menunjukkan sebarang petanda pelik sebelum ini cuma sejam sebelum kejadian mereka tiga beranak sempat makan tengah hari bersama.

Katanya, Nor Syahayati makan paling akhir sekali dengan menambah nasi dan lauk beberapa kali menyebabkan dia dan isteri hairan melihat gelagat arwah.

“Dia seolah-olah tahu akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya dan disebabkan itu dia makan dengan berselera sekali. “Pagi tadi (kelmarin), dia berkeras tidak mahu ke tadika walaupun sebelum ini dia rajin dan tidak pernah ponteng.

“Dia anak yang baik dan mendengar cakap, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya kerana Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Jenazah Nor Syahayati dituntut keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Naka, Kuala Nerang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

*********************************************************************************

Kejadian malang memang tidak dapat diduga, namun sebagai ibubapa tidak pula harus kita terlepas pandang atau sedikit alpa dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin, sebagai mana kes anak-anak yang masih kecil terkunci di dalam kereta. Sememangnya sudah acapkali kita dengar, tetapi mengapa masih seringkali lagi terjadi.



0 comments: