Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Thursday, October 30, 2014

Maut terjatuh bilik air


Mahfuzah
Mahfuzah

KANGAR - Seorang pesakit sawan dan kurang upaya (OKU) meninggal dunia selepas mukanya tersembam ke dalam baldi selepas terjatuh di bilik air di rumah keluarganya di Pangsapuri Seri Sena, semalam.


Mahfuzah Musa, 45, yang turut mengalami ketidakupayaan mental ditemui oleh anak saudaranya dalam keadaan muka tersembam di dalam baldi berisi air kira-kira jam 3 petang semalam.

Mahfuzah merupakan adik kepada ibu tunggal, Norhabibi Musa, 50, yang kisahnya disiarkan Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan NorHabibi terpaksa mengharungi kehidupan penuh dugaan selepas hampir setiap ahli keluarganya berpenyakit kronik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Derita lima sekeluarga sakit kronik]

Norhabibi berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya keluar untuk meminta bantuan di Baitulmal sebelum dihubungi anaknya.

"Sebelum keluar, adik saya memesan untuk dibelikannya nasi. Saya tak sangka itu permintaan terakhirnya.

"Sebelum kejadian kami sekeluarga sangat gembira dikunjungi pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil daripada Pejabat Menteri Besar," katanya.

Menurutnya, adiknya itu dipercayai diserang sawan ketika berada di dalam bilik air.

"Mayat Mahfuzah kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat," katanya.

Mahfuzah merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik kepada pasangan Musa Husin, 83, dan Mariam Bahudin, 78.

Musa yang separa sedar terlantar sejak setahun lalu akibat strok manakala isterinya tidak mampu berjalan kerana sakit lutut.

Selain Mahfuzah dan Norhabibi yang masih membuat rawatan lanjut akibat ketumbuhan di rahim, kakak mereka Noraini, 57, seorang ibu tunggal turut menumpang di rumah tersebut kerana kencing manis.

Dengan wang pencen Musa sebanyak RM800 sebulan dan bantuan Baitulmal RM300 serta JKM sebanyak RM130 sebulan, ia hanya cukup untuk membeli keperluan asas keluarga tersebut.

********************************************************************************





0 comments: