Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, October 26, 2014

Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna pagi tadi


Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna pagi tadi
Komander ESSCOM DCP Datuk Abd Rashid


KUALA LUMPUR: Komander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.



Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya ketika dihubungi.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Abd Rashid enggan mengulas mengenai berlaku kematian dari insiden tersebut dan memberitahu bahawa identiti suspek masih di bawah siasatan polis.

Abd Rashid dijangka mengumumkan butiran mengenai insiden itu pada sidang akhbar tergempar pukul 2 petang ini di Pengkalan Marin, Semporna.

0 comments: