Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, October 26, 2014

Perompak kafe siber mati ditembak

Foto : MyMetro -  Akhbar Tabloid No 1 di Malaysia

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah warga Indonesia mati ditembak polis selepas cuba menyamun sebuah kafe siber di pusat perniagaan Fadason, Kepong di sini, petang tadi.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, suspek dilihat berulang alik di hadapan kafe siber berkenaan dengan menunggang sebuah motosikal jenis Suzuki RG tanpa menggunakan nombor pendaftaran.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, seorang anggota polis kemudiannya masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan.

Tidak lama selepas itu, suspek masuk dengan memakai topi keledar penutup penuh dan terus meluru ke kaunter dengan mengacukan sepucuk pistol ke arah seorang pekerja di situ.

Anggota polis yang berada di belakang kedai ini kemudiannya menjerit polis dan meminta suspek menyerah diri. Bagaimanapun, suspek mengacukan pistol ke arah anggota polis ini menyebabkan dia terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sebelum suspek rebah berhampiran kaunter€ katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek turut merompak sebuah klinik di Jalan Jambu, Jinjang jam 1.30 petang hari ini dan melarikan wang tunai sebanyak RM152.

Sumber : Harian Metro

Kredit :

 Mohd Fadly Samsudin

fadly@hmetro.com

0 comments: