Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Monday, October 27, 2014

Subsidi penuh petrol hanya untuk yang berpendapatan RM5,000 ke bawah



KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.


Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


                         


Dulu timbul ura-ura untuk mereka yang hanya mempunyai kereta buatan nasional
sahaja yang akan mendpat subsidi petrol, lepas tu timbul khabar angin pula tentang hanya mereka yang mempunyai/memperbaharui Mykad sahaja yang mendapat subsidi petrol. Harap-harap subsidi penuh petrol hanya untuk yang berpendapatan RM5,000 ke bawah akan benar-benar dapat membantu mereka yang benar-benar berpendapatan rendah. Semoga semua rakyat Malaysia akan mendapat manfaatnya.

0 comments: