Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Saturday, October 25, 2014

Ikan Patin 70kg ? Biar Betul.....

Kejayaan menangkap ikan seberat 70 kilogram dan sepanjang hampir dua meter menjadi tumpuan penduduk termasuk belia.
Photo- Sinar Harian Edisi Kelantan - Cakna Sokmo-Sokmo



PASIR MAS – Terbaru, penduduk Kampung Seberang Merbau teruja kerana berjaya menangkap ikan patin terbesar, disalah anggap anak buaya, dengan berat hampir 70 kilogram, malam kelmarin.




Norisan Mustafa, 35, berkata, ikan patin besar sepanjang hampir dua meter itu ditangkap menggunakan teknik ‘jeremai’ di Sungai Lubok Jong. Biasalah kalau dapat benda yang menarik macam ini, elok juga diwar-warkan di dalam media, sama ada akhbar, youtube mahupun whatapps. Apatah lagi dengan saiz besar dan berat hampir 70 kilogram, boleh dianggap ikan 'monster' atau ikan patin raksasa. Sememangnya boleh disangka anak buaya! Biasanya, kalau saiz ikan patin raksasa macam ini, biasa tengok kat sungai amazon je, seperti kat dalam tv. Agaknya ini ikan patin terbesar yang pernah ditangkap di Malaysia.

Menurutnya, kenaikan paras air di Sungai Lubok Jong kerana hujan sejak beberapa minggu lalu, memainkan peranan penting, menyebabkan ikan mula memenuhi kawasan di sini.

Norisan berkata, seramai 10 penduduk meletakkan pukat jeremai pada jam 10 malam dan selang 30 minit kemudian mereka dapati perangkap mula mengena.
“Disebabkan keadaan terlalu gelap, kami ingat anak buaya terperangkap kerana ekornya mengibas ketika jala ditarik ke atas.

“Selepas empat penduduk berusaha mengangkat pukat jeremai itu, barulah kami dapati ia adalah ikan patin terbesar pernah ditangkap di sungai ini dan bukannya anak buaya,” katanya.

Sementara itu, Abdullah Mohamad, 50, berkata, inilah kali pertama penduduk berjaya menangkap ikan terbesar di sungai ini.
Selain ikan patin katanya, penduduk berjaya menangkap beberapa guni ikan sungai, baung, tapah dan lambak.

Katanya, kebiasaannya penduduk berjaya menangkap ikan patin seberat kurang daripada 20 kilogram seekor.

“Kejayaan ini meningkatkan lagi semangat penduduk untuk menangkap ikan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Bila dah ada kejadian macam ni, makin ramai kaki mancing yang dulu-dulu dok sandar je batang mancing kat ceruk-ceruk dinding kembali bersemangat untuk mancing sekarang. Seterusnya boleh menjadi sumber rezeki pada musim tengkujuh akhir tahun 2014 ini.. Agak-agaknya akan jadi 'mancing mania' tak di Sungai Lubok Jong nanti? Ada rezeki dapat ikan terbesar yang boleh masuk Malaysia Book Of Record nanti.

Nak tau cara-cara buat umpan mancing ikan patin yang power? Bagi kaki mancing mania, boleh mainkan sekarang video di bawah...