Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Monday, October 27, 2014

Pukul rakan: Lapan pelajar MRSM ditahan polis

MRSM Balik Pulau

BALIK PULAU - Lapan pelajar MRSM ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu. Mereka merupakan pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.



Kesemua lapan pelajar MRSM tersebut ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di maktab berkenaan dan diambil keterangan.

Difahamkan, siasatan awal mendapati salah seorang daripadanya tersebut mengakui kejadian berlaku berpunca daripada tindakan pelajar junior yang dikatakan mengambil telefon bimbit jenis Samsung Note 3 milik mereka.

Mangsa dikatakan enggan mengaku dan menyebabkannya dipukul.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Menurutnya, kesemua pelajar terbabit diberi jaminan polis dan dibebaskan petang semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar tingkatan dua patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan senior di bilik elektrik asrama sekolah berkenaan.

Mangsa juga dikatakan dihentak dengan menggunakan seterika panas sehingga menyebabkan bahunya melecur.

0 comments: