Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, November 9, 2014

Selamat Pengantin Baru, Elly Mazlein

Selamat Pengantin Baru, Elly Mazlein

Puchong: Pelakon dan penyanyi Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau Elly Mazlein, 34, akhirnya sah menjadi isteri kepada pengarah drama dan filem, Azmi Hatta, 39, dengan dua kali lafaz.


Pasangan ini dinikahkan bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana Ahmad Baie Jaafar di surau As Sakinah, Batu 12, Puchong, di sini jam 11.45 pagi ini.

Kehadiran Azmi ke Surau As Sakinah diiringi oleh 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson.

Azmi menyediakan mas kahwin sebanyak RM300 beserta tujuh hantaran manakala Elly membalas dengan sembilan dulang hantaran namun mereka merahsiakan jumlah wang hantaran.

Selepas selesai akad nikah, pasangan ini mengunjungi pusara arwah ibu Elly Sabariah Ahmad yang meninggal dunia pada 11 Mei lalu dan dikebumikan berhampiran surau itu.

Pasangan ini bertunang pada 30 Mei 2011 dan sepatutnya berkahwin pada Disember 2012 tetapi ditangguhkan hingga selamat dilangsungkan hari ini.

Borak Kedai Kopi mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Elly dan suami... semoga berbahagia ke anak cucu.

0 comments: