Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Wednesday, November 12, 2014

Kedah dilanda puting beliung lagi

KUALA LUMPUR: Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.


Menurut laporan Bernama, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebengau rosak teruk akibat dilanda putting beliung.

Pusaran angin dipercayai datang dari arah sawah di kampung tersebut (dari arah utara) berlaku dalam tempoh 10 minit.

Seorang mangsa, Che Tim Ahmad, 54, berkata kepada Bernama, ketika itu dia bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16, dikejutkan dengan deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata.

Suri rumah itu berkata mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat.

"Saya dan dua anak panik ketika itu dan hanya mampu berdoa selepas tidak dapat buka pintu. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.

November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.


0 comments: