Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Thursday, November 6, 2014

Mitsubishi perkenalkan ASX Designer Edition


Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi ASX Designer Edition yang menerima sentuhan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Rizalman Ibrahim, hari ini.


Edisi terhad itu hanya ditawarkan 180 unit bagi varian 4WD dengan wajah baru lebih agresif berbanding model sebelum ini.

Ia ditawarkan dengan rim aloi 17 inci, selain ditampal pelekat kelabu ‘matte’€™ pada bahagian bonet dan but belakang sekali gus tampak sporty.

Antena belakangnya turut ditukar menggunakan rekaan sirip jerung dan menggunakan spoiler lebih besar yang menggunakan lampu brek ketiga LED serta dipadankan ekzos krom gelap.

Ruangan dalamannya dikemaskan tempat duduk kulit kelabu dengan sentuhan warna kuning bagi membuatkan ia lebih premium.

Ia masih menggunakan enjin sama yang dijanakan 2.0 litre Mivec yang menyalurkan kuasa maksimum 150 PS dengan tork setinggi 197 Nm.

Mitsubishi ASX Designer Edition ditawarkan pada harga RM131,801,50 atas jalan tidak termasuk insurans.

0 comments: