Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Thursday, November 13, 2014

PERLU BANTUAN : GADIS HILANG !

gadis hilang dari rumah

Sebagai salah satu tanggungjawab sosial BKK ( Borak Kedai Kopi ), di sini admin ingin turut meminta jasa baik pembaca blog, dan juga Google Circle yang mengikuti blog ini, untuk turut sama membantu mencari/mengesan gadis yang hilang tersebut.


Untuk artikel/kisah sepenuhnya, juga dipetik dari HMetro (online ) :


Kuala Lumpur: Seorang bapa buntu memikirkan nasib anak gadisnya setelah gagal dalam usaha menjejaki pelajar tingkatan dua itu sejak dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Desa Skudai, Johor Bahru, 10 November lalu.

Mohd Rasdan Jamian, 37, menyedari kehilangan anak tirinya, Sharifah Nurzulaikha Syed Kamaruzaman, 14, selepas mendapati anaknya itu tidak hadir ke sekolah apabila bertanya kepada pihak sekolah kira-kira jam 2 petang, Isnin lalu.

"Dia keluar rumah kira-kira jam 8 pagi dengan berpakaian sukan dan membawa beg galas serta memberitahu bahawa ada latihan olahraga di sekolah.

"Bagaimanapun pihak sekolah memberitahu dia tidak hadir ke sekolah dan saya segera menghubungi rakan-rakan yang rapat dengannya," katanya ketika dihubungi malam ini.

Semua rakan-rakan Nurzulaikha memberitahu mereka tidak melihat kelibatnya di sekolah dan mereka juga tidak tahu dimana dia berada.

Rasdan menafikan berlaku perselisihan faham pada malam sebelum kehilangannya dan berkata hubungan mereka amat rapat.

"Saya amat bimbang jika sesuatu berlaku kepada Nurzulaikha malah isteri saya yang juga ibu kandungnya tidak makan dan tidak dapat tidur malam sejak dia hilang.

"Saya merayu kepada mana-mana individu yang ternampak kelibat Nurzulaikha agar segera menghubungi saya dan berkongsi maklumat," katanya yang membuat laporan polis di Balai Taman Universiti, Selasa lalu.

Individu yang ada maklumat mengenai kehilangan Nurzulaikha diminta menghubungi Rasdan di talian 016-7965230 atau balai polis berdekatan.


Jadi, tolong war-warkan melalui facebook, whatapps, instagram, twitter, telegram dan sebagainya. Mari kita sama-sama membantu.. hari ini hari orang, mana tau esok-esok hari kita pula..   Jika ada maklumat, sila hubungi balai/bit polis yang berdekatan.  Harap maklum.

0 comments: