Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Sunday, November 16, 2014

Musim Cuti, Musim Kahwin, tapi baca dulu ebook ini !




Sahabat,

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya...


Jadi mahu tidak mahu perkahwinan itu merupakan satu perkara yang amat penting bagi anda yang beragama Islam sehingga jika ada sesiapa yang tidak mahu berkahwin maka Rasulullah mengatakan ia bukan dari pengikutnya. Berkahwin ini adalah satu keperluan dan ianya telah menjadi syariat untuk setiap manusia walau apa pun bangsanya, walau apa pun agamanya. Saya tahu ANDA sememangnya mahu berkahwin dan mungkin segala persiapan diri telah anda lakukan namun satu perkara yang mengganggu fikiran serta emosi anda iaitu... WANG.




Sebut memang mudah namun ”berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”. Dari permulaan proses perkahwinan... bertunang, bernikah hinggalah selepas nikah semuanya akan berkait dengan WANG. Betul...?


Rasanya anda sendiri telah lakukan kira-kira bagi perkara-perkara di atas. Pada waktu sekarang kos yang perlu dikeluarkan bagi satu-satu perkahwinan sekurang-kurang RM20,000.00. Jadi kalau setakat ada hanya seribu dua dalam akaun bank tu cuba-cubalah fikir dan ikhtiar bagaimana nak dapatkan RM20k.




Atas desakan kos perkahwinan yang tinggi serta simpanan yang tidak mencukupi maka ramai diantara kita yang melakukan pinjaman wang.Tidak kisah samada meminjam pada pihak BANK atau perseorangan. Sekali pinjam bukan sikit-sikit sekurang-kurang RM10K ~ RM20K. Bagi yang bergaji besar mungkin tiada masalah untuk membayarnya secara ansuran namun yang bergaji sederhana dan kecil ini silap-silap hanya setakat membayar faedah setiap bulan dan jumlah hutang masih tidak-tidak berkurangan, bertambah adalah.. Apa yang terjadi adalah walaupun setelah beberapa tahun berkahwin, anak pun mungkin sudah besar tetapi hutang masih tidak dapat dilangsaikan sepenuhnya.




Sudah tentu saat ini anda rasa risau silap-silap lambat pula anda kahwin. Sebenarnya ada jalan penyelesaiannya dan kata kuncinya adalah PERSEDIAAN. Persediaan dari segi ilmu serta status kewangan. Bukan sekadar itu malah persediaan yang harus dilakukan sebelum nikah, semasa nikah dan selepas nikah. Maka atas dasar itulah saya ingin perkenalkan ANDA sebuah ebook yang bertajuk...:

  
  









Dan banyak lagi perkongsian...
Wow... banyaknya perkongsian yang bakal anda miliki... Jadi saya sarankan segera miliki ebook ini sebab rugi kalau tidak memilikinya...



Sample Percuma?

Anda ingin melihat sedikit isi kandungan ebook ini? Tidak ada masalah, saya boleh berikan sedikit isi kandungan secara percuma. Hanya isikan nama dan email, dan saya akan hantarkan kepada anda.






"Saya pasti ikut tips dan panduan yang terdapat di dalam ebook ini."

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Nik Nurul Husna pegawai bank di Maybank cawangan Jalan Maktab, Kuala Lumpur.Seperti orang lain juga, In Shaa Allah saya dalam perancangan mendirikan rumahtangga. Banyak yang saya pelajari dari ebook ini seperti persediaan kahwin, cara untuk berjimat dan yang paling penting pengurusan kewangan. Saya rasa sangat bertuah kerana banyak yang saya pelajari dari ebook ini untuk dimanfaatkan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Saya sangat sarankan kepada bakal pengantin mendapatkan ebook ini kerana isi kandungannya yang cukup bermanfaat dan berkualiti. Ebook ini tidak hanya kepada pasangan yang belum berumah tangga malah pasangan yang sudah berumah tangga juga patut memilikinya.In shaa Allah saya akan mempraktikan tips-tips yang terdapat di dalam ebook ini sebelum dan sesudah mendirikan rumah tangga.

Terima kasih kepada saudara Suhaimi Zohor serta mereka yang terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah bahan ilmiah yang cukup bermanfaat sebegini. Semoga usaha saudara Suhaimi Zohor dirahmati Allah S.W.T

"Tips dan panduan ebook ini membantu saya berjimat dan tambah pendapatan."

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

In Shaa Allah saya bakal mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini. Pada awal persediaan perkahwinan memang saya 'blur' sikit sebab tak tahu nak mulakan dari mana. Tak tahu apa yang penting, apa yang perlu dibuat dulu. Namun setelah membaca ebook ini banyak idea yang saya perolehi dan tahu mana yang perlu dibuat dan diambil tindakan. Apa yang saya suka ialah cara "Tips Jimat" yang mana ia tidaklah susah untuk diikuti. Saya juga dapat idea untuk tambah duit untuk persediaan kahwin saya nanti.

Saya sangat syorkan pada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan supaya membaca ebook ini. Tidak rugi beli ebook ini kerana maklumat dan tips yang diberi sangat membantu dan juga mudah untuk dilakukan. Malah lepas kahwin pun saya sudah ada persediaan sebab ebook ini memberi tips persediaan lepas kahwin.

Terima kasih pada saudara Suhaimi Zohor kerana memperkenalkan ebook ini pada saya. Semoga usaha saudara Suhaimi Zohor berjaya untuk membantu bakal pengantin.


"Membantu saya dalam pengurusan kewangan."

Assalammualaikum,

Suatu ilmu kewangan yang mudah difahami dan sangat menarik untuk dipraktikkan sebelum dan selepas kahwin. Sesuai dijadikan contoh bukan sahaja bagi mereka yang dalam proses untuk mendirikan rumah tangga, malahan untuk mereka yang masih belum ketemu jodoh ataupun yang sudah berkahwin.

Membaca buku ini membuatkan saya berasa teruja untuk berkahwin dan menguruskan wang bersama! :)
"Ebook persediaan perkahwinan yang lengkap dan padat"

Terbaik dan tahniah!

Suatu olahan yang baik berkaitan perancangan kewangan sebelum dan selepas perkahwinan. Sangat dicadangkan kepada golongan muda yang sangat takutkan komitmen kewangan. Banyak cara dapat diambil sebagai panduan bukan sahaja berjimat malah dapat menambah pendapatan sampingan. Intipati buku ini juga boleh saya katakan lengkap kerana apa sahaja perkara berkaitan kewangan dalam perkahwinan telah dimasukkan. Bukan sahaja tips kewangan malah tips persedian EQ dlm berumahtangga juga ada diselitkan.

Bacaan yang sangat bagus. Sangat dicadangkan kepada umum untuk membeli ebook ini. Tahniah sekali lagi.
"Pelbagai tips dan kerangka perancangan kewangan perkahwinan"

Pertamanya, Alhamdulillah dan tahniah kepada saudara Suhaimi Zohor. Suatu output yang baik dan menarik dari saudara Suhaimi Zohor berkaitan perancangan dan persediaan perkahwinan dari segi fizikal dan spiritual. Bacaan yang santai dan ilmiah. Sememangnya dicadangkan kepada bakal pengantin yang masih lagi tercari-cari bagaimana hendak memulakan sebuah kehidupan. Pelbagai tips dan kerangka perancangan dari segi idea, material, kos, dan kronologi sebelum serta selepas perkahwinan. Jika sesiapa membeli buku ini, saya pasti akan dapat membantu dalam melancarkan lagi proses perancangan kewangan sebelum dan selepas perkahwinan.


"Membantu pengurusan kewangan serta asas pelaburan yang praktikal"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

EBook Kahwin dan Kaya banyak membantu saya dan isteri di dalam mengurus kewangan selepas membina rumahtangga yang banyak pancaroba di zaman yang semakin mencabar ini. Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana untuk mengurus kewangan dengan cekap dan teratur kerana semasa bujang kita tidak fikir untuk memikul tanggungjawab untuk membeli barang dapur, membayar duit api air dan sebagainya tetapi setelah membeli ebook ini kehidupan saya lebih tersusun dan stabil dengan kewangan yang terurus.

Untuk pengetahuan, kini saya dalam proses membeli sebuah rumah dalam masa 6 bulan selepas berlangsungnya hari perkahwinan saya. Alhamdulillah ebook ini banyak membantu saya dan hanya mengeluarkan sedikit duit poket yang berharga RM40 ia membantu saya membeli sebuah rumah.


Jadi bagaimana? Teruja bukan...Jangan tunggu lagi untuk mendapatkannya!! Beli ebook ini untuk masa depan yang lebih baik bersama orang yang disayangi... Terima kasih saudara Suhaimi Zohor kerana membantu saya.

"Ilmu yang padat serta mudah difahami dan diikuti"

Assalammualaikum,

Saya rasa bertuah kerana dapat membaca ebook ini yang sangat banyak memberi panduan kepada saya dan suami. Dengan harga yang murah, ia dapat memberi pelbagai pengetahuan yang diperlukan oleh kami.

Selepas memiliki dan membacanya, ilmu yang terkandung didalamnya banyak membantu kami. Kami telah memilikinya, anda bila lagi?


"Idea yang bernas untuk perancangan kewangan yang lagi mantap!"

Assalmmualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai seorang Financial Planner/Konsultan/Trainer untuk program MyPOKET (Pengurusan Kewangan Terancang), e-Book ini salah satu sumber ilmu yang sangat bagus bagi mereka yang ingin buat perancangan kewangan khususnya perbelanjaan sebelum dan selepas berkahwin . Ia panduan yang tepat dalam membantu pasangan untuk buat bajet dengan lebih terperinci dan mengaplikasikan tip-tip berjimat sebelum berbelanja.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat bagi banyak idea bagaimana untuk menjana pendapatan atau ekonomi rumahtangga selain ilmu kewangan yang sangat berguna dan perlu dipraktikkan oleh semua pasangan suami isteri. E-Book ini juga telah banyak bagi idea pada saya dalam perkongsian bersama peserta-peserta kursus. Rata-rata mereka sangat berpuashati dan memberikan respon yang positif kerana info-info tersebut telah memudahkan mereka untuk buat bajet perkahwinan.

Bagi saya ia sangat-sangat berbaloi untuk memiliki e-Book ini sebagai panduan terutamanya mereka yang ingin mendirikan rumahtangga kerana anda boleh jimat beribu-ribu dengan pelaburan yang sangat kecil untuk ilmu di dalam e-Book yang sangat besar nilainya. Tahniah buat saudara suhaimi di atas perkongsian yang hebat!.



"Rasa macam nak cepat-cepat kahwin lepas baca E-book ni."

Perghh terbaik !

Tahniah saya ucapkan kepada pengarang ebook Strategi Kahwin & Kaya Tuan Suhaimi Zohor kerana berjaya membuka mata saya tentang alam perkahwinan. Ebook ini sangat sesuai untuk mereka yang mungkin dah ada 'signal' mahu berkahwin ataupun yang sudah sedia untuk berkahwin kerana ebook ini menceritakan keadaan secara detail tentang persediaan dan perbelanjaan majlis TUNANG , NIKAH & PERKAHWINAN. ( macam nak kahwin betul pula saya ^_^ )

Tips persediaan sebelum,semasa,selepas 'Aku terima nikahnya' yang menyeluruh , tips pengurusan kewangan yang sangat detail , tips perkahwinan yang membahagiakan dan cara praktikal tambah pendapatan membuatkan saya sangat TERUJA untuk berkahwin dan mengURUS WANG bersama pasangan saya. Saya jamin ebook ini juga akan menjadi rujukan saya untuk persediaan alam perkahwinan saya kelak Insya Allah ^_^


Berminat ? Sila klik di sini untuk maklumat pembelian ebook ini.

0 comments: