Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Tuesday, November 4, 2014

Pelajar hilang sewaktu maraton ditemui mati


Pelajar hilang sewaktu maraton ditemui mati
Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Hulu Terengganu

Kuala Berang: Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge, Sabtu lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.




Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan.

Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.

Al-Fatihah dan juga ucapan takziah dari admin borak-kedai-kopi.blogspot.com kepada keluarga mangsa.  Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.


0 comments: