Dapatkan berita-berita terkini dan kisah-kisah menarik semasa di dalam dan luar negara hanya di borak-kedai-kopi.blogspot.com : For News in English please visit our Google+ page at https://plus.google.com/+BorakKedaiKopiBlogspot1

Friday, November 7, 2014

Warga emas hilang ditemui lemas dalam sungai

Warga emas hilang ditemui lemas dalam sungai



Rembau: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pagi semalam ditemui mati lemas di Sungai Rembau, dekat Kampung Nerasau, Chengkau, Kota, di sini, jam 11.45 pagi ini.


Mangsa Mahat Yassin,77, dari Kampung Tengah Penajis, Nerasau, dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 11 pagi untuk mengambil pasir di sungai berhampiran rumahnya.

Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 milik menantunya Sharif Kamaruddin, 55, untuk ke sungai berkenaan dan apabila tidak pulang hingga jam 2 petang, menantu dan adik iparnya pergi mencari lelaki itu di sekitar kampung tetapi gagal menemuinya.

Bagaimanapun, pada jam 8.30 malam, adik ipar mangsa, Ahmad Manaf Mahat,53, menjumpai motosikal dan kasut but mangsa di ladang kelapa sawit bersebelahan sungai berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kota.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 9 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui tersangkut pada pokok di sungai berkenaan jam 11.45 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia dipercayai jatuh.

Menurutnya, operasi berkenaan dilakukan oleh 31 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Seremban, Seremban 2, Teluk Kemang dan Senawang.

Katanya, operasi turut dibantu anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

0 comments: